Khamis, 15 September 2011

~KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Seperti mana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar BERITA HARIAN,hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan.Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.Bila berkahwin,kuasa mutlak dalam menentukan hidup akan berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja menguruskan anak2 dan rumahtangga.Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa.Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon(nak memilih boleh asalkan biarlah berpada2),dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan kerja dan tugas2nya....

Masalah yang kita pertikaikan sekarang bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh..tetapi kita tumpukan pada mereka yang tidak mahu berkahwin kerana alasan2 yang saya sebutkan di atas...andai mereka memang sudah tiada jodoh,wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana takdir sudah menentukan segalanya.Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku didalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku didalam masyarakat Islam .Sikap sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan malahan bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan .Bahkan Sunnatullah kejadian manusia,ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.Ibarat talian elektrik yang memerlukan "cas positif dan negatif" hanya untuk mengalirkan tenaganya..inikan pula manusia yang saling memerlukan hanya untuk melahirkan zuriat...

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita,adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki.Hal ini kerana umumnya bagi kaum wanita,pintu syurga lebih banyak bermula dan berada disekitar rumahtangga,suami dan anak2.Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah :- Sekiranya seseorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu,puasa di bulan ramadhan,menjaga maruah dan taat kepada suami,maka masuklah mana syurga yang ia kehendaki."Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin,ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat.Walau sehebat mana sekalipun ia solat,berpuasa,dan menjaga maruah,wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan dalam mentaati suaminya.Sedangkan kelebihan mentaati suami melebihi segalanya bagi seorang wanita,sehingga redha ALLAH pun tergantung pada REDHA suami....

Selain daripada itu,antara kelebihan wanita yang berkahwin adalah mereka akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah dikala mengandung.Apabila ia menyusukan anak maka setiap titisan susu akan diberi satu kebajikan.Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberikan pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya pula,akan diberi 1000 pahal dan diampuni 2000 dosa.Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak2 akan dapat tinggal bersama-sama Rasullullah s.a.w. di syurga kelak....

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suaminya akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati saat melahirkan anaknya akan mendapat pahala seperti mati syahid.Semua kelebihan2 ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan.Malah didunia akan selalu berada dalam fitnah dan berada dalam gologan yang rugi.Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu (persamaan atau hampir)..yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini ialah lebih ditekankan pada pihak perampuan...selain itu kita juga harus lihat dari segi keimanan pasangan yang kita akan pilih itu....Sabda Rasulullah saw :- Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinilah dia,jika tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.Para sahabat bertanya,"bagaimana kalau ia telah berkahwin?"Jawab baginda,"Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak 3 kali).....

Begitulah besarnya pahala bgi wanita yang berkahwin.Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini.Hanya dengan duduk dirumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperoleh banyak pahala.Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada di bawah naungan suaminya......
MULA2 BERDUA SAHAJA....:-)

KEMUDIAN BERLIMA BERSAMA ANAK2...:-)


6 ulasan:

  1. haha...tggu calon dtg...wawawa..keje pon xlg...xnk ah..kte tggu akk2 sdre kte la kak..ikt turn.hehehe..xnk lgkh bendul..kikiki

    BalasPadam
  2. xnk2...ckp kte lak ye..sblm mai khwn..akk dlu laaaa...hihi

    BalasPadam
  3. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.cc
    dewa-lotto.vip

    BalasPadam
  4. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.biz

    BalasPadam